LAMAN RASMI PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI MELAKA

18 Julai 2020

YAB Datuk Haji Sulaiman bin Md Ali, Ketua Menteri Melaka bersama YB Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali, Menteri Kanan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengadakan lawatan ke Homestay Alai sempena Lawatan Kerja Menteri Kanan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ke Negeri Melaka. Lawatan bertujuan untuk melihat potensi industri inap desa khususnya di Negeri Melaka yang boleh dikembangkan lagi di masa akan datang. Lawatan ini turut disertai oleh YBhg. Datuk Hj Azmi bin Hj Hussain, Ketua Pegawai Eksekutif PKNM.