LAMAN RASMI PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI MELAKA

18 Julai 2020

YB Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali, Menteri Kanan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri seterusnya mengadakan lawatan ke IKS Setempat, Umbai sempena Lawatan Kerja Menteri Kanan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ke Negeri Melaka. Lawatan ke bengkel penghasilan keris warisan dan kraftangan warisan lain yang mana berpotensi untuk dikembangkan dan dipasarkan dengan lebih meluas. Lawatan ini turut disertai oleh YBhg. Datuk Hj Azmi bin Hj Hussain, Ketua Pegawai Eksekutif PKNM.

Tahniah diucapkan kepada En Md. Sahar bin Jiman kerana mendapat kunjungan YB Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali Menteri Kanan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ke bengkel penghasilan keris milik keluarganya. Semoga dengan kunjungan ini, En Md Sahar dan keluarga akan lebih bersemangat dan bertambah maju dalam perniagaan ini.

Inshaallah.