SOALAN LAZIM

Saya berminat untuk berniaga, bagaimana PKNM boleh membantu saya untuk mendapatkan premis samada untuk sewaan atau beli ?

Jawapan :

PKNM telah menyediakan senarai premis yang dibangunkan oleh PKNM untuk dijual atau disewakan mengikut daerah dan kawasan. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borong permohonan yang disediakan.

Sekiranya saya ingin membeli, bagaimana cara saya boleh mendapatkan pinjaman atau sekiranya saya ingin menyewa berapakah kadar sewa dan deposit yang dikenakan ?

Jawapan :

Jika pemohon berminat untuk membeli, PKNM akan membantu untuk berunding dengan pihak Bank. Manakala sekiranya pemohon berminat untuk menyewa, kadar sewa adalah bergantung kepada jenis dan premis. Jumlah deposit adalah  3 bulan deposit sewa , 1 bulan deposit kerosakan dan 1 bulan  deposit utiliti.  Jumlah keseluruhan deposit adalah 5 bulan.