LOKASI YANG STRATEGI
Negeri Melaka yang terletak di antara 2 bandar utama iaitu 148km ke selatan Kuala Lumpur yang merupakan Ibu Negara Malaysia dan 245km dari utara Singapura. Kedudukan Melaka yang berada di tengah-tengah di antara Kuala Lumpur dan Singapura amatlah strategik dan dihubungkan melalui infrastuktur jalan dan lebuh raya Utara-Selatan yang baik. Secara tidak langsung ianya memberikan kelebihan kepada Melaka dari segi logistik yang mempermudahkan perhubungan ke 2 pelabuhan utama iaitu pelabuhan di Klang, Selangor dan dan Tanjung Pelepas di Johor.
INFRASTRUKTUR YANG KONDUSIF
Jajaran Lebuh Raya Utara Selatan adalah lebuhraya utama yang menghubungkan setiap negeri di Semenanjung Malaysia. Ia membolehkan Melaka diakses dengan mudah dari semua negeri di Malaysia. Selain itu jaringan jalan raya di dalam negeri yang sistematik dan dijaga dengan baik memudahkan perhubungan di antara satu lokasi ke lokasi lain. Kawasan perindustrian negeri Melaka dilengkapi dengan infrastruktur yang lengkap serta tanpa gangguan. Bekalan air yang mencukupi, bekalan tenaga elektrik yang stabil dan serta bekalan gas yang berterusan menjadi kawasan perindustrian di negeri Melaka sangat sesuai untuk pelaburan.
KOS PERNIAGAAN YANG RENDAH
Kos menjalankan perniagaan di Melaka adalah antara yang terendah berbanding negeri-negeri lain yang berteraskan industri di Malaysia. Contoh kos perniagaan yang rendah adalah seperti kos operasi yang melibatkan gaji dan upah pekerja dan kos bahan mentah. Selain daripada itu kos pembelian hartanah industri juga adalah rendah berbanding negeri lain, iaitu pada kadar RM20 hingga RM35 sekaki persegi. Kelebihan ini menjadikan Melaka merupakan lokasi yang sangat baik untuk menjalankan perniagaan.
SOKONGAN DARI PIHAK KERAJAAN
Kerajaan Negeri telah meletakkan usaha untuk menyokong semua aktiviti-aktiviti yang menggalakkan pembangunan ekonomi oleh pelabur asing mahu pon tempatan. Aktiviti perindustrian di Melaka semakin rancak di bawah pemimpin yang dinamik, aggresif dan progresif iaitu YAB Tuan Haji Adly bin Zahari, Ketua Menteri Melaka. Pihak Kerajaan Negeri telah mewujudkan mekanisme pentadbiran yang dapat mempercepatkan proses kelulusan seperti Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Sehenti, Mesyuarat Jawatankuasa Belah Bahagi dan Mesyuarat Ekpress. Kerajaan Negeri komited memberi sokongan dan dokongan kepada pelabur terutamanya dari segi permohonan insentif kepada Kerajaan Persekutuan.
PENDIDIKAN DAN PEKERJA BERTARAF DUNIA
Melaka mempunyai bilangan yang banyak bagi universiti, kolej dan sekolah swasta. Melaka mempunyai 10 universiti, 32 kolej dan 2 sekolah antarabangsa swasta yang menyediakan peluang pendidikan untuk semua orang di negeri ini dan kepada negara. Terdapat kira-kira 120,000 pelajar yang mendaftar setakat ini untuk menyokong permintaan industri dalam pelbagai sektor dan industri untuk masa kini dan akan datang.
GAYA HIDUP BERKUALITI TINGGI
Melaka menawarkan pelabur pilihan yang tepat untuk didiami. Berbanding dengan kalangan bandar-bandar utama di negara ini, Melaka boleh menawarkan kualiti hidup yang tinggi dengan kos yang berpatutan. Kos sara hidup yang agak rendah, harga hartanah yang rendah, kemudahan penjagaan kesihatan moden dan kadar jenayah yang rendah menjadikan Melaka adalah tempat yang hebat untuk didiami. Melaka turut terkenal dengan destinasi pelancongan yang menarik, kaya dengan panorama tersendiridari segi budaya, warisan, pelbagai agama dan etnik serta kaya dengan tempat-tempat bersejarah yang menarik untuk dilawati.
Melaka diberkati dengan sumber yang diberikan Tuhan, dan dihubungkan dengan infrastruktur yang baik dan pasaran berkembang secara berterusan memberi anda peluang untuk mencari semula peluang pelaburan di Melaka. Negeri ini menawarkan peluang dalam bidang :-
Terdapat 120,000 pelajar setakat ini untuk menyokong keperluan oleh perusaha industri di Melaka. Melaka mempunyai 44 institut pengajian tinggi seperti Pusat Pembangunan Kemahiran Melaka, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Politeknik Merlimau, Institut Latihan Perindustrian dan sebagainya. Universiti-universiti dan kolej di Melaka bersedia untuk bekerjasama dengan pengilang di Melaka untuk memenuhi permintaan pasaran, seperti yang dikehendaki oleh pelabur.
Pada masa ini jumlah keseluruhan 398,500 tenaga kerja dalam pelbagai sektor. Jumlah pekerja dalam sektor pembuatan adalah kira-kira 86,100 dan menyumbang 21.6% daripada jumlah tenaga kerja. Kadar pengangguran adalah rendah iaitu pada 0.8%.
Kadar gaji dan upah di Melaka secara amnya lebih rendah berbanding negeri negeri lain di Malaysia.
Kadar gaji di Melaka:
No. | Posisi | Kadar Gaji (RM) | Kadar Gaji (USD) |
1. | Operator tidak berkemahiran | 900 | 264 |
2. | Operator dan supervisor berkemahiran | 1,000 – 1,500 | 294 – 441 |
3. | Jurutera Baru | 1,800 – 2,500 | 529 – 735 |
4. | Jurutera berpengalaman | 2,500 – 4,900 | 735 – 1,441 |
5. | Tahap pengurusan | 4,000 – 7,000 | 1,176 – 2,058 |
6. | Pengurus Kanan dan Ke atas | 7,000 – 15,000 | 2,058 – 4,411 |
Pelabur dalam Melaka dijamin untuk menikmati insentif yang disediakan oleh kerajaan negeri dan persekutuan
Insentif oleh kerajaan Melaka.
Insentif oleh kerajaan persekutuan
insentif cukai, secara langsung dan tidak langsung yang diperuntukkan dalam Akta Penggalakan Pelaburan 1986, Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Kastam 1967, Akta Cukai Jualan 1967 dan Akta Zon Bebas 1990. Tindakan ini merangkumi pelaburan dalam: –
Insentif cukai langsung memberikan – pelepasan dari pembayaran cukai pendapatan untuk tempoh tertentu
Insentif cukai geran tidak langsung – Pengecualian duti import, cukai jualan, duti eksais
Insentif kerajaan persekutuan diberi melalui agensi-agensi seperti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Perbadanan Pembangunan Halal, Malaysia Biotech Corp atau mana-mana agensi kerajaan persekutuan yang berkaitan
Insentif cukai utama untuk syarikat-syarikat yang melabur dalam sektor perkilangan ialah Taraf Perintis dan Elaun Cukai Pelaburan.
Kelayakan bagi mendapatkan Taraf Perintis dan Elaun Cukai Pelaburan adalah berdasarkan keutamaan tertentu, termasuk paras nilai ditambah, teknologi digunakan dan rangkaian perindustrian. Aktiviti dan produk diistilahkan sebagai “aktiviti digalakkan” atau “produk digalakkan”.
Taraf Perintis
Elaun Cukai Pelaburan
Terdapat banyak insentif yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan melalui MIDA :-
Insentif untuk Syarikat Teknologi Tinggi
Insentif bagi Projek Strategik
Insentif untuk Industri Kecil dan Sederhana
Insentif untuk Pelaburan dalam industri terpilih
Insentif untuk Industri Automotif
Untuk maklumat lanjut sila rujuk kepada laman web rasmi MIDA di :
http://www.mida.gov.my/