×

Majlis Anugerah Kecemerlangan Industri Ketua Menteri Melaka atau CMIEA2015 adalah majlis yang telah diperkenalkan sejak tahun 2004 dan satu acara yang diadakan dua tahun sekali, bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada syarikat-syarikat industri yang beroperasi di Melaka untuk pencapaian cemerlang mereka dalam pelbagai bidang.

Untuk mengekalkan prestij dan penghormatan anugerah ini, pemilihan syarikat-syarikat telah dibuat melalui proses penilaian yang teliti yang dijalankan oleh para penilai yang berwibawa daripada beberapa agensi kerajaan.

Pada CMIEA 2015 ini, sebanyak 16 buah syarikat telah mengambil bahagian dan syarikat-syarikat ini dibahagikan kepada 3 kumpulan berdasarkan kepada Jumlah Jualan Tahunan iaitu

  • Open Category (Jualan Tahunan > RM 50 Juta)
  • SME Category (Jualan Tahunan ≤ RM 50 Juta dan bilangan pekerja ≤ 200 orang)
  • Micro Category (Jualan Tahunan ≤ RM 300,000).

Syarikat-syarikat tersebut adalah seperti senarai di bawah:

Penilaian telah memfokuskan kepada 4 kategori untuk dipertandingkan iaitu :

  • PRODUK DAN INOVASI
  • PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
  • TANGGUNGJAWAB SOSIAL & KORPORAT (CSR)
  • PENGURUSAN ALAM SEKITAR, KESELAMATAN DAN KESIHATAN
OPEN CATEGORY SME CATEGORY MICRO CATEGORY
Texas Instrument Sdn. Bhd. Assess Product Sdn. Bhd. Beautiline Tech.
Perfect Food Manufacturing (M) Sdn. Bhd. Mandarin Elite Sdn. Bhd. Anis Cafe Enterprise
AUO Sunpower Sdn. Bhd. Koko Minda Sdn. Bhd. NQ Group Enterprise
Kilang Makanan Mamee Sdn. Bhd. Tropical Bioessence Sdn. Bhd. THC Chocolate Sdn. Bhd
PRYM Consumer Malaysia Sdn. Bhd. Berkat Tuah Sdn. Bhd. ES Fusion
Meriahtek Sdn. Bhd.

STATISTIK & FAKTA-FAKTA

3.9B+

JUMLAH PELABURAN

150+

PROJEK DILANCARKAN

1920+

JUMLAH JAM BEROPERASI TAHUN INI

30-60

MAKLUMBALAS PELANGGAN
PAUTAN KERAJAAN
TOP