×
Rekabentuk logo korporat melambangkan PKNM sebagai menerajui Pembangunan Negeri Melaka dan kemantapan visi PKNM untuk membentuk sebuah agensi korporat negeri yang berwibawa dan disegani. Logo ini juga melambangkan ketelusan hasrat kerajaan negeri untuk membawa negeri ke arah kecemerlangan dan pembangunan dalam era globalisasi seiring dengan aspirasi dan sokongan rakyat yang padu.

Anak panah berwarna biru melambangkan gabungan usaha dan kesepaduan antara semua pihak iaitu rakyat, kerajaan negeri dan PKNM dalam menuju matlamat iaitu untuk membangunkan negeri dan menghadapi cabaran globalisasi yang mencabar, ke arah kecemerlangan dan kemajuan dalam semua sektor ekonomi.

Jalur merah dan 7 jalur putih melambangkan terdapat 14 buah negeri yang membentuk Kerajaan Persekutuan dimana salah satu adalah negeri Melaka dan ini menunjukkan bahawa setiap usaha dan kemajuan yang dicapai adalah untuk Rakyat Malaysia keseluruhannya dan rakyat Negeri Melaka khasnya. Perkataan PKNM yang berada di bawah tanda anak panah menunjukkan bahawa PKNM bersedia dan akan berusaha untuk membantu Kerajaan bagi memajukan dan memantapkan ekonomi Negeri Melaka terutama dalam bidang perindustrian dan perdagangan.
Warna biru melambangkan perpaduan rakyat berbilang kaum
Warna Merah melambangkan keberanian dan kegagahan dan kegigihan
Putih melambangkan kesucian, keluruhan dan keindahan
PAUTAN KERAJAAN
TOP