×

VISI

Menjadikan Negeri Melaka sebagai lokasi utama pilihan pelabur di Malaysia.

MISI

Meningkatkan jumlah pelaburan dari dalam dan luar negara dalam sektor pembuatan, perkhidmatan, hartanah, pelancongan, ICT, Bioteknologi dan lain-lain sektor.

FUNGSI

Khidmat Nasihat dan Perundingan
  • Invest Melaka memberikan khidmat nasihat kepada pelabur yang ingin mendapatkan maklumat mengenai pelaburan di Melaka. Invest Melaka menjadi perunding mengenai peluang-peluang pelaburan yang terdapat di Melaka seterusnya menggalakkan dan mempromosikan pelaburan tersebut.

Hubungan dengan Agensi Kerajaan Negeri & Persekutuan
  • Invest Melaka mempunyai jaringan perhubungan yang erat dengan Kerajaan Negerin dan Kerajaan Persekutuan. Invest Melaka akan membantu pihak pelabur sekiranya mempunyai isu yang perlu diselesaikan diperingkat Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan, seterusnya menjadi pemudah cara kepada pelabur.

Aktiviti Pasca Pelaburan dengan Pelabur dan Pekilang
  • Invest Melaka akan terus menjalinkan hubungan baik dengan pelabur dan pekilang melalui aktiviti-aktiviti pasca pelaburan seperti lawatan kilang dan majlis dialog industri.

Urusetia Kelulusan Pelan Bangunan dan Industri
  • Bagi mempercepatkan proses pelaburan oleh pekilang-pekilang di Melaka, Invest Melaka memberi kelulusan dasar pelan bangunan industri di negeri Melaka. Projek boleh dimulakan sebaik sahaja kelulusan dasar diperolehi dan hanya melalui proses pengesahan di peringkat OSC Pihak Berkuasa Tempatan.

STATISTIK & FAKTA-FAKTA

3.9B+

JUMLAH PELABURAN

150+

PROJEK DILANCARKAN

1920+

JUMLAH JAM BEROPERASI TAHUN INI

30-60

MAKLUMBALAS PELANGGAN
PAUTAN KERAJAAN
TOP